Tuesday, May 25, 2010

MAT PART 2

0
Saya pun meneruskan perjalanan saya tanpa arah tujuan kerana saya ingin menghabiskan cuti hujung minggu, setelah penat bekerja pada hari-hari bekerja so di kesempatan yang ada ini saya ingin merelakskan diri dan menyegarkan minda serta membuka mata walaupun mata dah letih disebabkan keletihan. Sedar tak sedar saya telah sampai di sebuah lorong yang amat terkenal di iBu kOta Cinta Ini, hehehehe macam tajuk lagulah pula..Sewaktu melalui lorong tersebut saya terlihat ada seorang brother ni dalam lingkungan 30 an sedang duk bercakap sendirian..Ketika itu saya masih agak jauh untuk mendengar butir bicara apa yang di keluar kan oleh brother tersebut lalu saya pun mempercepatkan langkah saya bukan kerana saya teringin sangat hendak mendengar apa yang brother tu nak cakap tapi ingin cepat-cepat meninggalkan tempat itu kerana risau akan keselamatan diri gak lah...hihihihi..bukan bermaksud saya takut tapi apa-apa pun boleh berlaku.. kan kan kan..

Ketika melewati brother tersebut telinga saya dapat menangkap dengan jelas tentang apa yang di katakan oleh brother tersebut, ;rasa nak gelak pun ada.."hahahahah"..mesti korang nak tau apa yang brother tu cakapkan..dari apa yang saya dengar beginilah butir-butirnya "Alangkah indahnya jika dirimu berada di sisiku oh bulan, kan ku jadikan kau permaisuri di hatiku, tidakkah kau ingati apa yang telah aku korbankan padamu, tidakkah engkau sadar betapa aku sanggup menunggu dirimu disini biarpun engkau hanya memerhatikan diriku dari situ" itulah antara isi kata-kata brother tu yang saya dengar dan apa yang lucunya lagi sambil brother tu becakap macam tu sambil dia menuding jarinya kearah lampu jalan yang berada di atas kepalanya lebih kurang 5 meter...Dalam hati saya berkata, :isk isk isk begini rupanya kalau dah amat gian..Sebab saya berkata macam tu di sebabkan sewaktu melalui brother tersebut saya terhidu bau GAM yang amat kuat dan saya juga ternampak ada secalit gam masih berada di atas bibir brother tersebut. huhuhuhuhu...itu lah kisah MAT GIAN...huhuhu..macam macam ragam MAT MAT sekarang ni...(*o~)....

No Response to "MAT PART 2"