Tuesday, May 25, 2010

MAT PART 1

0
Hai semua bloggers..Rasa nak post something tapi tak tau apa dia and then saya belek2lah website saya yang baru tu then saya teringat cerita yang karangkan..So saya nak share kat bloglah juga...enjoy ya, ada part 1 and part 2, yang ni part 1::--


Disini ada sebuah cerita yang telah saya kutip dari pengalaman dan rekaan serta buatan juga imaginasi saya sendiri. Saya tidak dapat mendefinasikan dengan jelas apakah genre cerita yang bakal saya taip ini, kerana apa yang bakal anda baca adalah apa yang terlintas didalam fikiran saya dan sekiranya ia ada kena mengena dengan diri anda atau saudara anda atau sesiapa sahaja yang anda kenali maka saya mohon di maafkan..(pembuka kata tu yang penting)..hihihihi...

****
Dalam kesibukan orang ramai mengejar impian dan cita-cita masing-masing masih terdapat lagi golongan manusia yang hanyut dalam halusinasi mereka. Golongan ini bukanlah golongan yang bermasalah cuma apa yang dapat dinyatakan mereka tidak kisah akan apa yang berlaku di sekeliling mereka asalkan mereka tidak menganggu kehidupan orang lain.

Ketika berjalan-jalan di sebuah jalan ada seorang mamat ni tengah dok melamun, entah apa yang di lamunkan pun saya sendiri pun tak tahu, mungkin memikirkan masalah kewangan atau masalah gepren. Saya teringat ada seorang hamba ALLAH ni pernah berkata kepada saya "Orang Lelaki Ni Hanya Ada Dua Jenis Masalah Yang Selalu Di Fikirkan, Samaada Masalah Duit Atau Pun Masalah Perempuan(Bini Atau Pun Gepren)". Saya pun yang dah penat berzalan zalan ni duduklah berhampiran mamat berkenaan sambil menghirup secawan cendol yang boleh tahan sedap juga "biasalah kalau dah penat minum apa pun sedap..yer tak". Sewaktu duduk berehat tu mamat tadi pun tegur saya, ;bro lu ada awek tak.? dan saya pun menjawab ;mestilah ada bro muka hensem macam ni kalau tak der awek baik tinggal kat hutan jer bro..hehehe..sempat juga aku melawak dengan strangers, "hahahaha" mamat td gelak dan berkata ;betul gakkan muka lu macam muka pecah rumah mesti ada awek betimbun-timbunkan.. mamat tu plak yang kena saya..hahahahahahah....Saya pun tanyalah kat mamat tu pula ;bro awek lu cantik tak.? dia menjawab ;cantikkkkkkk...lu pecaya tak pecaya kalau gua cakap siti tu awek gua..dululahh..hehehe..dan sekarang ni awek gua artis gak Liyana... saya bertanya ;Liyana mana.? mamat tu menjawab ;ala liyana yang baru kuar story kat metro tu.. isk isk isk tak betulkah mamat ni berangan macam tak pijak bumi, inilah yang di namakan Mat Jenin berangan tak kira tempat..heheheh... ;k lah bro saya nak cau dulu teruskanlah dengan berangan ya.. mamat tu menjawab ;ala bro gua berangan pun bukan di kenakan bayaran.....Saya pun berlalu meninggalkan mamat tu sendirian.....(^_*)....

No Response to "MAT PART 1"